RSS

.: Karatnya hati manusia :.


Karat hati,
terus menebal di hati ini,
akibat perlakuan salah sendiri,
asbab kelemahan iman di hati,
sehingga memakan diri sendiri.

Karat hati,
menghalang diri sentiasa mengingati,
kepada Allah disegenap kondisi,
sehingga membuatku lupa diri,
bahawa Dia sentiasa memerhati.

Karat hati,
membuat kelazatan ibadat tidak dirasai,
walau di suasana malam yang sepi,
kekhusyukan dikalahkan nafsu sendiri,
adakah hati dah hampir mati?

Karat hati,
menutup hati untuk mentadabburi,
kalimat cinta dari Illahi,
ayat azab atau nikmat tidak mampu dihayati,
membaca laksana tiada erti.

Karat hati,
jika ianya mengeluarkan aroma,
pasti aroma busuk mengelilingi kita,
jika ianya menzahirkan wajah,
pasti jelek dan kotor rupanya.

Karat hati,
celik mata namun buta di hati,
mata bercahaya namun gelap di hati,
dosa maksiat perosak hati,
rosaknya jasad bila rosaknya hati,
mari kembali mensucikan hati.


suda baca.sahabat sekalian...ini  la hakikatnya hati kita jika ia tidak di jaga dgn baik...hati kita ialah suatu kejadian allah yg sempurna kerna ia blh membuatkn kita mempunyai pelbagai  perasaan sperti suka,sayang,cinta,marah,benci dan lain...dgn hati kita cintakn pencipta kita dan kekasihnya nabi muhammad...dgn hati kita menyanyai ibu dan ayah serta adik beradik...dgn hati kita sayangkn sahabat2 kita smua dan x ketggalan, dgn hati manusia cintakn kekasih hati...hehehe..hakikatnya ini la kekuatan hati kita semua....ya allah..betapa hebatnya dan agungnya pencipta kita ALLAH yg satu....kita ni hnya khalifahnya di  muka bumi ini...dunia ni hnya sementara...semailah hati kita supaya hidup kita, mati kita hnya tuknya...sesungguhnya apabila  ALLAH  mendatangi kita sebuah ujian bknlah untuk membebankn kita malah tuk mnguji keimanan hati kita sbgai hambanya...ALLAH  mngetahui kita mampu tuk mngatasi setiap ujian yg dy hadirkn kpd kita....bersyukurlah kita dgn nikmat iman dan islam yg dikurniakn keatas kita...ia merupakn nikmat yg terbaik tuk kita smua... 

 Wahai sahabat2 sekalian..kita harus sedar.tidak sempurna hati tanpa iman...lihatlah pntgnya iman kpd  manusia..tnpanya mgkn kita bknlah  khalifah ALLAH yg sempurna...seperti yg kita tahu...kumpulan Nasyid raihan da medendangkn nasyid yg bertajuk ''IMAN MUTIARA"...diantara part yg mnarik dlm nasyid ni...jap2 nk pk...he3...haa..
'''"iman adalah mutiara, didalam hati manusia, yg meyakini allah ,yg maha esa maha kuasa"''....skit2 ja la no...hayatila lirik nasyid ini...ia amat la berharga dan berguna bg kita semua...ia membwa mksd yg mendalam kpd kita smua...Jadi dgn ini, sma2lah kita memelira hati kita dari perkara2 yg blh merosakn hati kita smua spti maksiat dan lawan la hawa nafsu kita utk mengelakkn karat dan hitamnya  hati kita....kerna hati adalah tuan kpd diri kita smua...hehehehe....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment