RSS

:: Hati Ini Merintih ::

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…


Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana' ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Ikan Mengajar Erti Keimanan ::


Iman,
ibarat ikan di lautan,
hidup dipenuhi lingkungan garam,
bergerak merenangi kemasinan lautan,
namun kemasinan tidak memberi kesan,
tidak meresapi tubuh badan,
selagi hidup kan terus bertahan.

Iman,
ibarat ikan di lautan,
ketika ia menemui kematian,
kemasinan mudah meresapi badan,
proses osmosis memainkan peran,
bangkai lemah tidak bertahan,
akhirnya dipenuhi dengan kemasinan,

Iman,
harus terus dihidupkan,
agar terus mampu bertahan,
menapaki liku kehidupan,
merenangi lautan kerosakan,
hidupkan iman dengan amalan,
jangan matikan dengan kemaksiatan.

Iman,
cahaya dikala malam,
penyuluh dalam kegelapan,
penunjuk kepada kebenaran,
walau awan gelap mendatang,
ia akan terus memancar,
tanpa ia dimalapkan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Tolong sampaikan kepada bakal imamku ::


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Syoknya Double ::



Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'double':
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji  
(takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat 
tak takut pulak... )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa
sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada
usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya
tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le
dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar
batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat
khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun
tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit
jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak
jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak
buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk
bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil
drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan
attraction between the charge can't be control to act in a much more
appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg
sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor..
dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga
kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana
baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak
boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun
aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang
pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan
lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL
(kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila
bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2
pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi
setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend..
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada
satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek.
faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab
tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so
dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit
punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada
juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta
tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try
meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok
perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk
lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment
ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah
perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula
tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek'
disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal
antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke
sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram
akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W
"sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara
keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia,
maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya
ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah
melainkan ditemani mahramnya... 

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan
dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam... .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: JIKA AKU JATUH CINTA ::


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syhid dijalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu
Amin Ya Rabbal a’lamin…………….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: fAdIlAt mEmbAcA Al-QurAn ::

Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai se0rang lelaki yang telah meninggal dunia. apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia amat terkejut kerana kuburnya terang- benderang & terdapat sa2 makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki e2: " siapakah kamu?"

Jawab makhluk tadi: " kamu tidak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari & juga pada wak2 malam". barulah lelaki e2 teringat, makhluk e2 ialah Al-Quran. Seterusnye dia dipimpin 0leh makhluk tadi dan dibawanye bertemu Allah s.w.t. Betapa gembiranye dia dapat menatap zat Allah s.w.t Yang Maha Suci. Bukan sekadar e2 saje, Allah s.w.t telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan2 syurga kepada lelaki e2. Serta Allah memerintahkan malaikat turut memberi perhiasan2 syurga kpde ke2 ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah & ibunye sambil berkata: " Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini? " jawab malaikat: " kerana anakmu telah mempelajari & membaca Al-Quran".

Masya-Allah..hebatnye balasan Allah s.w.t. Pahala yang kita lakukan tidak hanye terhenti kepada diri kite shj, malahan beralih jua kpde ke2 ibu bapa yang telah membesarkan kite. marilah kite same2 kite membace Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanye sep0t0ng ayat sehari..=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Adab Minum Rasulullah S.A.W ::

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS