RSS

~ Cintai MU dalam DiaM



"cinta yang diredhoi"
..Disini saya nak selitkan "Kisah Cinta Saidina Ali bin Abi Tholib dengan Fatimah Azzahra (Puteri Rasulullah)" untuk tatapan kita semua agar lebih yakin bahawa cinta itu tidaklah buta seperti yang disangka2kan.. Butanya cinta itu kerana manusia2 yang tak pandai mensyukuri nikmat kasih sayang yang telah dikurniakan Allah ini.. -senyum puas-


Al-Kisahnya...

..Ali Bin Abi Thalib waktu itu ingin melamar Fatimah, puteri nabi Muhammad SAW. Tapi kerana dia tidak mempunyai duit untuk dijadikan mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpul duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar bahawa Abu Bakar ingin melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang dia ingini dilamar oleh seseorang yang ilmu agamanya lebih hebat dari dia. Tetapi Ali tetap bekerja dengan giat..

..Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar khabar bahawa lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali “waah, saya masih punya kesempatan ”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar bahawa Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar bahawa lamaran Umar bin Khatab ditolak. betapa senangnya Ali, mendengar khabar itu..


..Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar kerana terdengar khabar lagi, bahawa Usman bin Affan melamar Fatimah. ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usman tidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , adakah mahu mengalah..

..Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabatnya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamukan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!”..

..Dengan segera Ali memberanikan diri untuk menghadap Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah..

..Ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saatnya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga..

..Yup, sekali lagi, kata-kata ini pasti akan muncul dalam benak sahabat2 >>> “Jodoh memang tidak kemana”, dari cerita itu, lebih memperjelas lagi kan bahawa “Cinta itu, mengambil kesempatan , atau mempersilakan yang lain”

..Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang, namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut agar bukan Cinta yang mengendalikan diri kita, Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta..


..Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut disekitar kita saat ini,, Walaupun bukan tidak ada.. barangkali, kita saja yang tidak mengetahuinya..


sekadar gambar hiasan
..Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah tentang membingkai perasaan dan Bertanggungjawab akan perasaan tersebut “Bukan janj-janji”..

..Dan ’Ali pun menikahi Fatimah dengan menggadaikan baju besinya, dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat2nya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya, Itu hutang..

..Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fatimah, dengan keberanian untuk menikah. Sekarang... Bukan janji-janji dan nanti-nanti,  ’Ali adalah gentleman sejati.,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”..

..Inilah jalan cinta para pejuang, jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti, Seperti ’Ali. Ia mempersilakan atau mengambil kesempatan... Yang pertama adalah pengorbanan, yang kedua adalah keberanian..


..Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”

..Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu” 
..Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

..Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."..

..Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah..

..Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya..

"Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita atau lelaki kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"

"buku yang banyak memberi motivasi tentang cinta" sambungan daripda "Aku terima Nikahnya" dan bersambung plop dengan "Murabbi Cinta"

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai ia dalam diam.. 
..Kerana diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya..
...Ku ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yg terlarang..
..Ku tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
..Kerana diamku memuliakan kesucian diri dan hatimu jua..
..Menghindarkan dirimu dari hal-hal yg akan merosak izzah dan iffahmu..
..Kerana diamku bukti kesetiaanku  padanya..
..Kerana mungkin saja orang yang aku cinta adalah juga orang yang telah Allah swt pilihkan untukku..

..Ingatkah kalian tentang kisah Siti Fatimah dan Ali.? Yg keduanya saling memendam apa yg mereka rasakan… Dan pada akhirnya mereka dipertemukan dlm ikatan suci nan indah.. Kerana dalam diamnya tersimpan kekuatan.. kekuatan harapan.. Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cinta yg diam itu dapat berbicara dlm kehidupan nyata..

Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba-NYA yg berharap pada-NYA..?

Dan jika memang ‘’CINTA DALAM DIAMMU’’itu tak memiliki kesempatan utk berbicara di dunia nyata….
..Biarkan dia tetap diam..

..Jika dia memang bukan milikmu, biarkan ’CINTA DALAM DIAMMU’’itu dgn memberi rasa yg lebih indah dan orang yg tepat.. Biarkan””CINTA DALAM DIAMMU””itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu 
 menjadi rahsia antara kau dgn sang Pemilik hatimu cintamu..

..Akhir titipan.. Aku mencintaimu dalam diam.. Wallahu'alam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment